Kemudahan dan Fasiliti

Ababoo Homestay (SJ 28) yang terletak di Lorong Sepat Jaya 3, Kuantan merupakan sebuah rumah lot tepi yang luas dengan perkarangan dalaman dan luaran yang sesuai untuk keluarga atau kumpulan; keseluruhan rumah mempunyai lantai berjubin dan tingkap besar yang menjadikan ruang sentiasa terang dengan cahaya semula jadi serta nyaman; ruang tamu dilengkapi dengan Smart TV dan tempat duduk yang selesa, manakala semua bilik tidur disertakan dengan pendingin hawa dan kipas angin untuk keselesaan optimum; tetamu juga boleh menikmati kemudahan air panas di bilik mandi utama dan kedua serta seterika dan papan seterika; tarikan utama homestay ini ialah kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa, menjadikan percutian lebih menyeronokkan; keseluruhan rumah sentiasa dijaga rapi agar bersih dan selesa, sedia menyambut tetamu yang dihormati.

Bilik

Empat bilik dengan penghawa dingin, terdiri daripada satu bilik tidur utama, bilik kedua dan ketiga dilengkapi dengan dua katil bujang setiap satu dan satu katil bujang di bilik keempat.

Parkir

Ruang yang cukup luas untuk parkir kenderaan, termasuk satu yang berbumbung di garaj rumah.

Pantai

Lokasi yang hampir dengan pantai, 3-4 minit berjalan kaki. Ruang mandi untuk membilas disediakan di bahagian depan rumah.

Ruang

Perkarangan rumah yang luas dan lebar sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga dan kanak-kanak.

Dapur

Dilengkapi dengan peti sejuk, cerek elektrik, periuk aruhan, periuk nasi, penulen air bagi kedua-dua air panas dan sejuk, peralatan BBQ, perkakasan dapur, kopi/teh dan air mineral.

Internet

Kemudahan Internet melalui Wi-Fi ada disediakan, dengan kelajuan sehingga 100Mbps.

Kolam Renang

Nikmati kolam renang kami yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa, ideal untuk bersantai atau bergembira bersama.

Tempat Menarik

Nama Tempat Jarak
Plan D Kedai Makan (Waktu Operasi: Petang/Malam) 100 m
Masjid Jamek Pantai Sepat Masjid 280 m
Maggi Telur Sotong Kedai Makan (Waktu Operasi: Petang/Malam) 1.1 km
Warung Rizqan Kedai Makan (Waktu Operasi: Malam) 1.2 km
My Maju Enterprise Kedai Runcit 5.6 km
Diva Laundry Dobi Layan Diri (Waktu Operasi: 24 jam) 4.9 km
7-Eleven Kedai Serbaneka/ATM (Waktu Operasi: Siang/Malam) 4.9 km

Review & Feedback

Kalau selesa bagitau kawan, kalau tak selesa bagitau kami :)

Slider image
Slider image
Slider image
Slider image
Slider image
Package image
Ababoo Homestay (SJ 28) @ Pantai Sepat, Kuantan

Adakah anda
bersedia?

Tinggalkan kehidupan di bandar dan terokai dunia luar yang hebat di Ababoo Homestay, bandar Kuantan, Pahang

Tempah Sekarang